Wednesday

Kata-kata terakhir selaku Ketua Gelanggang Silat Seni Gayong Dunedin



Asslamualaikum dan salam segayong kepada semua pembaca. Bagi tahun 2011, saya telah berpindah ke Wellington untuk menyambung pembelajaran tahun keempat sehingga tahun keenam (lebih dikenali sebagai clinical years) di bawah University of Otago, Wellington. Pemergian saya ke Wellington meninggalkan gelanggang di Dunedin yang saya mulakan semenjak awal 2009.

Patah tumbuh hilang berganti. Pemergian saya ke Wellington meninggalkan 3 orang pesilat di Dunedin iaitu Imran Fauzi, Azhan Abdul Aziz dan Alif Naqiuddin. Diharapkan mereka dapat meneruskan gelanggang yang saya mulakan di sana dan melatih generasi baru agar Kelab Silat Seni Gayong Dunedin yang saya asaskn dahulu akan terus hidup.



Gelanggang Dunedin ini merupakan suatu kebanggaan (pride) dan kepuasan (satisfaction) bagi diri saya secara peribadinya kerana saya sendiri menjadi tenaga pengajar dan pengasas. Walaupn gelangang ini tidak sehebat mana-mana gelanggang yang ada di tanahair, namun saya cukup bangga kerana sekurang-kurangnya saya dapat membawa seni gayong ini ke Selatan Dunia. Alhamdulillah , hanya berbekalkan ilmu sehingga tahap bengkung putih sahaja, saya mampu membuka gelanggang di sini. Semoga ilmu yang sedikit itu mendapat berkat dengan perkongsian saya dengan rakan-rakan di sini.

Susah senang bergelanggang di bumi orang ini hanya kami yang tahu. Walaupun pada mulanya saya mendapat penentangan daripada beberapa pihak yang kurang berkenan dengan idea mewujudkan gelanggang di sini, namun masih ramai yang sudi memberikan sokongan kepada kami. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Antara sebab gelanggang di sini tidak dipersetujui ialah kerana ketiadaan Jurulatih yang bertauliah. Benar, di sini tiada jurulatih yang bertauliah, tetapi kalau saya tidak menjalankan latihan di sini siapa lagi?

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru dan rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kami sepanjang kami bergelanggang di sini. Semoga gelanggang di Dunedin akan terus hidup dengan barisan generasi baru yang lebih mantap. Wassalam.

1 comment:

  1. Golden Gate at the Casino of Las Vegas - Mapyro
    The Golden Gate Hotel and Casino 태백 출장마사지 is a 4-minute drive from Golden Gate in Las Vegas. The following transit 하남 출장안마 lines have routes that pass 군산 출장샵 near 인천광역 출장샵 Golden 의왕 출장마사지 Gate Casino.

    ReplyDelete