Wednesday

Ahli-ahli Terawal







Gambar di atas dirakam ketika persembahan pada malam International Cultural Night., pada Julai 2009. Seramai tujuh orang ahli terawal telah melakukan persembahan demo pada malam tersebut. Tujuh orang ahli terawal merupakan pelajar-pelajar University of Otago, mereka merupakan:

1. Tengku Azran @ Pokku. Pelajar tahun keempat perubatan yang kini berada di Christchurch bagi meneruskan tahun klinikal di sana.

2. Farhan Fader. Pelajar tahun ketiga perubatan.

3. Ahmad Bukhari Mohd Nor. Pelajar tahun ketiga perubatan.

4. Imran Fauzi. Pelajar tahun ketiga farmasi, kacukan berdarah Melayu (bapa) dan New Zealander (emak).

5. Mohamad Firdaus @ chek det. Pelajar tahun ketiga perubatan.

6. Faizal bin Ahmad. Pelajar tahun ketiga perubatan.

7. Farrael bin Mohd Azmin. Pelajar tahun ketiga perubatan

Disebabkan perpindahan ke Christchurch, Tengku Azran tidak dapat lagi meneruskan latihan bersama-sama. Namun ilmu yang dikongsi dan pengalaman bersama merupakan sesuatu yang amat-amat bernilai bagi kami di sini.

Antara kami bertujuh, hanya 3 orang sahaja yang pernah mempelajari Silat Seni Gayong semasa di Malaysia: Faizal Ahmad, Mohamad Firdaus dan Tengku Azran. Alhamdulillah, kami berjaya bersama-sama berkumpul dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari.