Sunday

Demo Malaysian day (Demo terakhir di Dunedin)

8 ogos 2010 merupakan tarikh di mana warga Malaysia di Dunedin mengadakan sambutan Hari Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari termasuk jualan makanan Malaysia, persembahan kebudayaan dan tarian, gerai-gerai pertunjukan kebudayaan, permainan tradisional, sejarah dan lain-lain lagi. Kelab Silat Seni Gayong Dunedin telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan silat pada majlis perasmian oleh Dato ‘Hasnudin Hamzah (Malaysian High Commissioner).

Majlis pembukaan. Dimualakan dengan gerakan bunga tanjung, disusuli dengan tari keris oleh Saudari Dlyn Azmi. Persembahan demo silat yg dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Semangat yang berkobar-kobar membuatkan hati saya ingain melakukan persembahan sekali lagi. Ini kerana persembahan kali ini merupakan persembahan terakhir saya dan rakan-rakan tahun ketiga perubatan di Dunedin sebelum berpindah ke Wellington. Seteleah mendapat lampu hijau dari Pengurus projek Hari Malaysia ini iaitu saudara Farrael Azmi dan Farhan Fader (yang juga merupakan pesilat kelab ini), kami semua sepakat untuk melakukan persembahan sekali lagi pada pukul 2.30 petang.

Alhamdulillah, walaupun persembahan tidaklah sehebat mana tetapi usaha dan kesungguhan dalam melakukan demo ini sudah cukup untuk membuktikan yang kami sudah memberikan yang terbaik untuk persembahan ini. Saya selaku ketua gelanggang bersyukur dan gembira dengan apa yang telah kami semua lakukan walaupun salah seorang pesilat tercedera sedikit, tetapi tiada apa-apa yang serius berlaku.

Selain daripada demo silat, kami turut membuat gerai pameran silat seni gayong yang memaparkan sedikit sebanyak tentang sejarah Silat Seni Gayong dan info-info tentang Gayong. Turut disediakan sepasang baju silat berserta sampin dan tanjak untuk dicuba oleh pelawat-pelawat gerai berbangsa asing.


Pembukaan majlis


*taklimat terakhir dan stretching sebelum demo.

*Imran yang lupa Pecahan Tapak 31 :p

*Tari keris oleh Kak Lin



Persembahan di dalam dewan

*bunga tanjung






*tendangan dari Imran.




*membanting musuh

*mengunci musuh.


*lompatan dari Faizal

*lompatan dari Bukhari


Sekitar gerai pameran


*Cubaan menegakkan keris


*bersama pelajar China dan New Zealand yang mengenakan pakaian silat


Terakhir dari kami



*bergambar kenangan bersama Dr. Rosli Mohamed (Pengarah MSD New Zealand) dan Dato' Hasnuddin Hamzah (Malaysian High Commissioner)






Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutama pesilat-pesilat atas komitmen dan masa yang diberikan untuk latihan intensif beberapa bulan sebelum demo. Kini berakhir sudah aktiviti Kelab Silat Seni Gayong Dunedin bagi tahun 2010.