Wednesday

Wellington: Satu permulaan baru?

Kata-kata terakhir selaku Ketua Gelanggang Silat Seni Gayong Dunedin



Asslamualaikum dan salam segayong kepada semua pembaca. Bagi tahun 2011, saya telah berpindah ke Wellington untuk menyambung pembelajaran tahun keempat sehingga tahun keenam (lebih dikenali sebagai clinical years) di bawah University of Otago, Wellington. Pemergian saya ke Wellington meninggalkan gelanggang di Dunedin yang saya mulakan semenjak awal 2009.

Patah tumbuh hilang berganti. Pemergian saya ke Wellington meninggalkan 3 orang pesilat di Dunedin iaitu Imran Fauzi, Azhan Abdul Aziz dan Alif Naqiuddin. Diharapkan mereka dapat meneruskan gelanggang yang saya mulakan di sana dan melatih generasi baru agar Kelab Silat Seni Gayong Dunedin yang saya asaskn dahulu akan terus hidup.



Gelanggang Dunedin ini merupakan suatu kebanggaan (pride) dan kepuasan (satisfaction) bagi diri saya secara peribadinya kerana saya sendiri menjadi tenaga pengajar dan pengasas. Walaupn gelangang ini tidak sehebat mana-mana gelanggang yang ada di tanahair, namun saya cukup bangga kerana sekurang-kurangnya saya dapat membawa seni gayong ini ke Selatan Dunia. Alhamdulillah , hanya berbekalkan ilmu sehingga tahap bengkung putih sahaja, saya mampu membuka gelanggang di sini. Semoga ilmu yang sedikit itu mendapat berkat dengan perkongsian saya dengan rakan-rakan di sini.

Susah senang bergelanggang di bumi orang ini hanya kami yang tahu. Walaupun pada mulanya saya mendapat penentangan daripada beberapa pihak yang kurang berkenan dengan idea mewujudkan gelanggang di sini, namun masih ramai yang sudi memberikan sokongan kepada kami. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Antara sebab gelanggang di sini tidak dipersetujui ialah kerana ketiadaan Jurulatih yang bertauliah. Benar, di sini tiada jurulatih yang bertauliah, tetapi kalau saya tidak menjalankan latihan di sini siapa lagi?

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru dan rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kami sepanjang kami bergelanggang di sini. Semoga gelanggang di Dunedin akan terus hidup dengan barisan generasi baru yang lebih mantap. Wassalam.

Sunday

Demo Malaysian day (Demo terakhir di Dunedin)

8 ogos 2010 merupakan tarikh di mana warga Malaysia di Dunedin mengadakan sambutan Hari Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari termasuk jualan makanan Malaysia, persembahan kebudayaan dan tarian, gerai-gerai pertunjukan kebudayaan, permainan tradisional, sejarah dan lain-lain lagi. Kelab Silat Seni Gayong Dunedin telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan silat pada majlis perasmian oleh Dato ‘Hasnudin Hamzah (Malaysian High Commissioner).

Majlis pembukaan. Dimualakan dengan gerakan bunga tanjung, disusuli dengan tari keris oleh Saudari Dlyn Azmi. Persembahan demo silat yg dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Semangat yang berkobar-kobar membuatkan hati saya ingain melakukan persembahan sekali lagi. Ini kerana persembahan kali ini merupakan persembahan terakhir saya dan rakan-rakan tahun ketiga perubatan di Dunedin sebelum berpindah ke Wellington. Seteleah mendapat lampu hijau dari Pengurus projek Hari Malaysia ini iaitu saudara Farrael Azmi dan Farhan Fader (yang juga merupakan pesilat kelab ini), kami semua sepakat untuk melakukan persembahan sekali lagi pada pukul 2.30 petang.

Alhamdulillah, walaupun persembahan tidaklah sehebat mana tetapi usaha dan kesungguhan dalam melakukan demo ini sudah cukup untuk membuktikan yang kami sudah memberikan yang terbaik untuk persembahan ini. Saya selaku ketua gelanggang bersyukur dan gembira dengan apa yang telah kami semua lakukan walaupun salah seorang pesilat tercedera sedikit, tetapi tiada apa-apa yang serius berlaku.

Selain daripada demo silat, kami turut membuat gerai pameran silat seni gayong yang memaparkan sedikit sebanyak tentang sejarah Silat Seni Gayong dan info-info tentang Gayong. Turut disediakan sepasang baju silat berserta sampin dan tanjak untuk dicuba oleh pelawat-pelawat gerai berbangsa asing.


Pembukaan majlis


*taklimat terakhir dan stretching sebelum demo.

*Imran yang lupa Pecahan Tapak 31 :p

*Tari keris oleh Kak Lin



Persembahan di dalam dewan

*bunga tanjung






*tendangan dari Imran.




*membanting musuh

*mengunci musuh.


*lompatan dari Faizal

*lompatan dari Bukhari


Sekitar gerai pameran


*Cubaan menegakkan keris


*bersama pelajar China dan New Zealand yang mengenakan pakaian silat


Terakhir dari kami



*bergambar kenangan bersama Dr. Rosli Mohamed (Pengarah MSD New Zealand) dan Dato' Hasnuddin Hamzah (Malaysian High Commissioner)




video


video

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutama pesilat-pesilat atas komitmen dan masa yang diberikan untuk latihan intensif beberapa bulan sebelum demo. Kini berakhir sudah aktiviti Kelab Silat Seni Gayong Dunedin bagi tahun 2010.

Friday

International Cultural Night 2010

Pada 24 Julai 2010, Kelab Silat Seni Gayong Dunedin diberi kepercayaan sekali lagi untuk membuat persembahan untuk International Cultural Night seperti tahun lalu. Seramai 8 orang pesilat yang terlibat dalam persembahan ini. Seperti tahun lalu, majlis ini diadakan di Town Hall, Dunedin.

Untuk tahun ini pelajar Malaysia menghantar dua persembahan iaitu persembahan Seni Silat dan tarian kebudayaan oleh pelajar-pelajar TSOL Dunedin. Pada malam tersebut dapat dilihat juga persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa yang lain yang mewakili Negara masing-masing membuat persembahan.



*sesi bergambar bersama peserta tarian kebudayaan pelajar TSOL Dunedin.

Thursday

Tahniah Kontinjen Otago untuk Bersatu Games 2010



Tahniah kepada kontinjen Otago seramai 21 orang yang menjayakan Bersatu Games di Auckland tempoh hari. Antara ahli kelab yang menyertai Bersatu Games ialah:
1. Faizal bin Ahmad
2. Farrael Azmin
3. Farhan Fader
4. Imran
5. Izhan
6. Bukhari Mohd Nor

Kontinjen Otago mendapat emas dlm acara debat (diwakili saudara Faizal, Imran dan Farrael), gangsa dalam acara bola tampar dan takraw serta anugerah Sportmanship untuk Bersatu games 2010.

Diharapkan selepas ini semua peserta dapat menumpukan perhatian untuk latihan Silat pula :)

Latihan disambung jumaat ini

Salam Gayong. Insyallah latihan akan disambung jumaat ini (9 Julai 2010).

Antara beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam latihan ialah berkenaan International Cultural night 2010, pemilihan lagu untuk persembahan dan latihan intensif sebelum International Cultural Night pada 24 Julai 2010 nanti. Insyaalah, team Malaysia akan mendapat lebih kurang 15minit masa persembahan. Persembahan silat memakan masa dalam 10 minit manakala 5 minit terakhir akan digunakan untuk persembahan tarian oleh junior-junior TESOL.



Terima kasih kepada saudara Imran yang juga meupakan AJK International Cultural Night pada tahun ini kerana dengan usaha beliau, team Malaysia dapat masa extra (sepatutnya dapat 7 minit sahaja untuk persembahan).

Tuesday

Tahniah Datuk Wan Ahmad Fauzi Bin Haji Wan Husain P.J.N., D.P.N.S., S.M.T.


Tahniah dari kami anak-anak gayong di New Zealand atas penganugerahan Pingat Jasa Negara (PJN) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong kepada Waris Amanah Mutlak Silat Seni Gayong yang membawa gelaran Datuk.

Semoga dengan penganugerahan ini menjadi titik tolak kepada lebih ramai pihak untuk menghargai jasa rakyat Malaysia, terutama dalam bidang silat.

Saya (Mohamad Firdaus) secara peribadi berasa bangga dengan pencapaian Datuk yang juga merupakan salah seorang guru saya dalam mempelajari Silat Seni Gayong ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan tahniah sekali lagi diucapkan.