Monday

Next Event for This Year

InsyaAllah Kelab Silat Seni Gayong Dunedin akan menghantar team untuk demo semasa International Cultural Night 2010 di Town Hall dan Malaysian Exhibition Day anjuran Kelab UMNO Otago yang dijangka berlangsung pada bulan Julai.

Latihan dan persiapan untuk demo akan bermula pada Jumaat ini, 21 Mei 2010.

Sunday

Demo Silat di North East Valley Normal School

Pada bulan oktober 2010 kami telah dijemput oleh Kak Lili, pelajar lepasan Ijazah (post-grad) di sini untuk membuat persembahan silat di sekolah anak beliau di North East Valley Normal School, Dunedin bersempana dengan sambutan International Day di sekolah tersebut. Tujuan persembhan adalah untuk menunjukkan beberapa aspek kebudayaan yang terdapat di Malaysia termasuk Seni Silat. Selain itu, ada beberapa persembahan dari Negara-negara lain termasuk persembahan haka dan nyanyian dari kumpulan Maori. Hanya 3 orang pesilat yang terlibat dalam persembahan ini iaitu Mohamad Firdaus, Ahmad Bukhari dan Farrael Azmin. Sayangnya tiada gambar ataupun video yang sempat dirakam semasa majlis tersebut.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar di sekitar sekolah tersebut. sumber (http://www.nevn.school.nz/)




*di dewan inilah kami membuat persembahan silat, disaksikan oleh ramai murid sekolah dan ibubapa serta guru-guru.

Di akhir majlis kami telah menerima voucher Kedai buku daripada pihak sekolah bernilai 20 NZD untuk dibelanjakan. Terima kasih pihak sekolah atas jemputan dan voucher ini.

Wednesday

Malaysian night 2009

8 Ogos 2009 merupakan hari di mana pelajar-pelajar Malaysia di University of Otago mengadakan sambutan Malaysian Cultural night. Pada tahun ini persembahan bertemakan kisah Si Tanggang, tetapi jalan penceritaannya diubah sedikit untuk menjadikan persembahan lebih menarik. Dalam cerita ini ada satu bahagian di mana Si Tanggang telah merentas masa dan cuba untuk membunuh Hang Tuah kerana di Melaka tiada seorang pun yang mengenali Si Tanggang. Dalam persembahan tersebut Si Tanggang telah merentasa masa dan memasuki badan Hang Jebat (Tengku Azran) dan cuba membunuh Hang Tuah (Mohamad Firdaus) tetapi dihalang oleh saudara-saudara Tuah yang lain.

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar-gambar semasa persembahan.

*Tun Fatimah 'Dunedin'


*saudara-saudara Tuah (terlebih seorang saudara)



*ketibaan Hang Jebat






*Pertarungan dengan Hang Tuah yang rabun jauh.






*Terlalu pantas pergerakan sampai kamera x dapat tangkap :p






*kalau ada senjata di tangan, jangan biar musuh rampas. Taming Sari yang kini dalam genggaman Tuah.

*Tertusuknya Taming Sari di rusuk Jebat



*berakhirnya riwayat Jebat

*bergambar kenang-kenangan dengan perserta-peserta dikir barat dan Dr. Rosli Mohamed, Pengarah MSD New Zealand.

Tuesday

Intenational cultural night 2009

Pihak Persatuan Siswa Siswi Dunedin University Otago (OUPERSADA) telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melakukan persembahan silat untuk majlis International Cultural Night 2009. International cultural night adalah malam di mana setiap wakil daripada pelajar-pelajar antarabangsa University of Otago melakukan persembahan kebudayaan dari Negara-negara mereka. Antara Negara-negara yang membuat persembahan pada malam tersebut adalah negara Malaysia, Indonesia, India, Oman, Karibiti (Negara kepulauan), Afrika, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Jepun, Myanmar dan beberapa Negara lain lagi.

Seramai 7 orang pesilat telah melakukan persembahan pada malam tersebut iaitu Mohamad Firdaus, Farrael Azmin, Farhan Fader, Ahmad Bukuhari, Faizal Ahmad, Imran Fauzi dan Tengku Azran. . Berikut adalah video dan gambar-gambar semasa persembahan tersebut.


*solat maghrib sementara menunggu masa untuk persembahan.



*bergambar sementara menunggu giliran persembahan



*semua yang terlibat bagi persembahan Malayaisa bergambar selepas persembahan




*bergambar dengan peserta persembahan dari negara jiran Indonesia


*manis-manis semuanya, jangan ada yang terpikat pula :D







*bergambar dengan peserta-peserta dari negara Jepun.





Monday

Meeting pertama

Pada 13 Mac 2009 perjumpaan pertama ahli-ahli Kelab Silat Seni Gayong Dunedin telah diadakan. Beberapa perkara telah disepakati dalam perjumpaan pertama ini, antaranya adalah untuk mengadakan latihan mingguan di bangunan Club and Society dan juga penyertaan dalam persembahan Malaysian Cultural Night. Untuk memudahkan urusan, kami di sini bernaung di bawah Persatuan OUPERSADA (Persatuan Siswa Siswi Otago University) kerana salah seorang pesilat, Farhan Fader merupakan presiden OUPERADA.



Kak DLyn Azmi menjadi supervisor kami di sini kerana beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan lebih lama menyertai Silat Seni Gayong berbanding ahli-ahli lain di sini.