Sunday

Demo Silat di North East Valley Normal School

Pada bulan oktober 2010 kami telah dijemput oleh Kak Lili, pelajar lepasan Ijazah (post-grad) di sini untuk membuat persembahan silat di sekolah anak beliau di North East Valley Normal School, Dunedin bersempana dengan sambutan International Day di sekolah tersebut. Tujuan persembhan adalah untuk menunjukkan beberapa aspek kebudayaan yang terdapat di Malaysia termasuk Seni Silat. Selain itu, ada beberapa persembahan dari Negara-negara lain termasuk persembahan haka dan nyanyian dari kumpulan Maori. Hanya 3 orang pesilat yang terlibat dalam persembahan ini iaitu Mohamad Firdaus, Ahmad Bukhari dan Farrael Azmin. Sayangnya tiada gambar ataupun video yang sempat dirakam semasa majlis tersebut.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar di sekitar sekolah tersebut. sumber (http://www.nevn.school.nz/)




*di dewan inilah kami membuat persembahan silat, disaksikan oleh ramai murid sekolah dan ibubapa serta guru-guru.

Di akhir majlis kami telah menerima voucher Kedai buku daripada pihak sekolah bernilai 20 NZD untuk dibelanjakan. Terima kasih pihak sekolah atas jemputan dan voucher ini.

No comments:

Post a Comment