Tuesday

Intenational cultural night 2009

Pihak Persatuan Siswa Siswi Dunedin University Otago (OUPERSADA) telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melakukan persembahan silat untuk majlis International Cultural Night 2009. International cultural night adalah malam di mana setiap wakil daripada pelajar-pelajar antarabangsa University of Otago melakukan persembahan kebudayaan dari Negara-negara mereka. Antara Negara-negara yang membuat persembahan pada malam tersebut adalah negara Malaysia, Indonesia, India, Oman, Karibiti (Negara kepulauan), Afrika, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Jepun, Myanmar dan beberapa Negara lain lagi.

Seramai 7 orang pesilat telah melakukan persembahan pada malam tersebut iaitu Mohamad Firdaus, Farrael Azmin, Farhan Fader, Ahmad Bukuhari, Faizal Ahmad, Imran Fauzi dan Tengku Azran. . Berikut adalah video dan gambar-gambar semasa persembahan tersebut.


*solat maghrib sementara menunggu masa untuk persembahan.



*bergambar sementara menunggu giliran persembahan



*semua yang terlibat bagi persembahan Malayaisa bergambar selepas persembahan




*bergambar dengan peserta persembahan dari negara jiran Indonesia


*manis-manis semuanya, jangan ada yang terpikat pula :D







*bergambar dengan peserta-peserta dari negara Jepun.





No comments:

Post a Comment