Tuesday

BORANG KEAHLIAN

Borang keahlian hendaklah diisi untuk memudahkan pengurusan kelab. Ahli-akan diberi nombor keahlian yang mana nombor tersebut akan dicetak atas kad keahlian (dalam proses pembikinan). Contoh borang adalah seperti di bawah (dalam format JPEG, boleh print).

Doa buka gelanggang

Sebelum memulakan latihan, pesilat-pesilat akan menjalankan ritual buka gelanggang. Bacaan-bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diiringi doa untuk memudahkan segala urusan. Ia juga sebagai persediaan mental dan meditasi sebelum memulakan latihan. Apabila kita memulakan latihan dengan amalan-amalan berbentuk kerohanian, pesilat akan menjadi lebih serius, ini untuk mengelakkan sikap main-main dan acuh tak acuh ketika latihan yang boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Berikut merupakan bacaan yang dibaca:

__________________________________________________________

Doa buka gelanggang

1. Al-Fatihah 1 kali

2. Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali

3. Surah Al-Lahab 1 kali

4. Selawat ke atas nabi 3 kali.

Niat berkat dan pahalanya kita hadiahkan kepada:

· Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya

· Sahabat-sahabat baginda

· Para malaikat

· kedua ibu-bapa kita dan kaum keluarga

· Arwahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman serta keluarganya

· saudara-saudara seGayong yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

· semua muslimin muslimat, mukminin dan mukminat

Kepada Allah juga kita bermohon dan berlindung agar mengawal-selia dengan selamat latihan ini dari awal hingga akhir, dari sebarang gangguan dan kecelakaan, sama ada yang nampak ataupun tidak. Amin.

PENGENALAN KELAB SILAT SENI GAYONG (DUNEDIN)

KELAB SILAT SENI GAYONG (DUNEDIN) merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan bertujuan mengumpulkan anak-anak Gayong di Dunedin, New Zealand untuk bersama-sama berkongsi ilmu. Di sini, tiada tenaga pengajar bertauliah seperti di France (Cikgu Shaiful Hakim), Amerika (cikgu Sam), UK (Cikgu Hafiz) atau Ireland (Cikgu Anuar). Oleh itu, kami berkumpul sekadar berkongsi ilmu dan mengingati pelajaran-pelajaran yang kami perolehi semasa di Malaysia.

Peluang mewujudkan gelanggang ini bermula pada awal 2009 apabila saya disapa oleh Pengarah projek Malaysian Night (Kak Lin) untuk melakukan persembahan untuk malam tersebut. Seramai 7 orang ahli telah memulakan latihan pada tahun tersebut.

Keahlian: KELAB SILAT SENI GAYONG (DUNEDIN) membuka keahlian kepada mana-mana Muslim yang pernah belajar atau ingin belajar Silat Seni Gayong, tanpa mengira jantina. Setakat ini belum ada pelatih wanita, jika ada permintaan dari wanita, akan diusahakan jurulatih wanita. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur, termasuk undergrad dan postgrad dan keluarga.

Yuran keahlian: setakat ini, tiada sebarang yuran dikenakan.

Pakaian latihan: uniform silat lengkap. Jika tiada, dibenarkan memakai pakaian sukan biasa.

Masa latihan: bergantung kepada avaibility tempat latihan, musim dan jadual pelajar. Kebiasaannya setiap Sabtu pukul 5 petang.

Tempat latihan: activities hall, Evision Lounge atau Mojo (Leith St.) (bergantung kepada avaibility)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Mohamad Firdaus bin Mohamad Hanib (Chek Det) di talian 0211063057 (New Zealand). Emel: djazz_gayong@yahoo.com.my

ps: Anda boleh juga hubungi Azhan (021 022 24196) (xy_han31@yahoo.com.my)...